Thursday, April 7, 2011

Telur Pindang



DAUN

-daun senduduk.
-daun manggis.
-daun jambu batu.
-daun bebuas.
-daun serai wangi.
-daun salam.
-daun limau purut
-daun lengkuas.
-daun pandan.
-kulit bawang merah n putih.

REMPAH

-ketumbar.
-jintan putih.
-jintan manis.
-jintan kasar.
-jintan halus.
-halia.
-lengkuas.
-cili kering kisar.
-bawang merah.
-bawang putih.
-kicap.
-kari.
-garam.
-cuka.

Cara-cara

-Susun telur diselangi dengan daun-daun dan rempah-rempah ke dalam periuk.
-rebus dengan api kecil sehingga 2 ke 5 hari.

Monday, September 20, 2010

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
1 sudu makan serbuk kari ayam
1-2 sudu makan serbuk cili
1 sdt serbuk rempah 5
1 sudu makan stok ayam
1 sdt serbuk ketumbar
1 batang serai (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia (ditumbuk)
1 sudu makan gula
1 tangkai daun kari
garam secukupnya


Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap 1 jam sebelum digoreng.

Sunday, September 19, 2010

♥ PuDing GuLa hAnGuS ♥


Bahan-bahannya:

6 biji telur

1 sudu besar tepung kastard

1/2 cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat

1 sudu kecil esen vanila

Secubit garam

1/2 cawan gula pasir (untuk gula hangus)

Cara-caranya:

  1. Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit!
  2. Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.
  3. Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.
  4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.
  5. Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.
  6. Lebih enak jika dihidangkan sejuk.

Wednesday, August 25, 2010

اوچاڤن سلامت هاري راي





ساي مڠوچڤکن سلامت هاري راي عيدالفطري
کڤد کلوارݢ ترسايڠ
کڤد ککاسيه هاتي نورفرهان بنت نوريزن يڠ دچينتاي
کاون سکوله، اينستيتوت تيکنولوݢي ڤرتام دان ڤوليتيکنيک سلطان ازلن شه
اڠݢوتا 20 سکوادرون ڤڠکالن اودارا سوبڠ
جوݢ سموا يڠ مڠنالي
معاف ظاهير دان باطين
سموݢ هاري ليبرن کالي اين لبيه برمعنى


درڤد
محمد زولفيکري بن مودا

Saturday, August 14, 2010

Pentingnya malu pada wanita…

“Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian
lelaki…”

Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang.Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud;
“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa malu.” (Hadith riwayat Bauhaqi).

Wanita walau apa pun yang dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai
pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat
menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yang akan nampak,hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan
semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dalam keadaan sebegitu.

Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud; “Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yang perlu ada dalam diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya.

Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan tidak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka.

Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh diliha dimana2 sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan maa kita sendiri
berbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang…wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya. Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang selalu menimpa kaum wanita.

Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan…dan sebaik2 manusia yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.

Petikan : Muslimah, m/s 9 (bil.183)

Kartini by Tembakau


Perkara pertama yang terlintas ketika saya membaca kisah Kartini semasa sekolah dahulu ialah watak atau karikatur Kartini sangat cantik. Sempurna.

Perkara yang paling saya ingat tentang cerita Kartini ialah kata-kata keramat ‘tapi, apa yang paling kita nak, itulah yang takkan kita dapat’.Dimana pada babak akhir dlm kisah ini. Yon bertemu Kartini setelah sekian lama tidak bertentang mata di sebuah kawasan pantai. Ketika itulah Kartini mengucapkan kata-kata keramat itu. Sudah lama tidak menguliti ilustrasi kartunis Tembakau dan siri Kartini yang saya tinggalkan setakat cinta Yon yang tidak kesampaian pada Kartini.


Kartini by Tembakau

Kartini merupakan kisah cinta zaman persekolahan. Mengapa siri ini begitu popular? Adakah ia hadir pada waktu yang tepat di kala itu tiada siri kartun yang memaparkan zaman persekolahan dan konflik cinta? Saya tidak pasti kerana waktu itu saya tidak banyak membaca.


Pada pendapat saya, siri ini popular sejajar dengan popularnya majalah Ujang dan Lanun ketika itu.
Ia tentang cinta. Mungkin cinta pandang pertama. Cinta yang masih mengkal. Berdasarkan rasa semata-mata. Kebodohan. kebijaksanaan. Persepsi tentang orang lain. Tindakan terhadap apa yang berlaku. Seakhirnya, cinta memberi banyak pengalaman.
Saya akui, kerana cerita Kartini, saya membina persepsi tentang cinta semasa zaman persekolahan. Berangan dan tersenyum. Sakit kerana cinta tidak berbalas dan bahagia apabila si dia hadir di depan mata.

Kisah Kartini, kisah cinta yang biasa-biasa tetapi dihadirkan dalam bentuk komik yang lebih mudah difahami.
Kisah Yon yang merupakan seorang pelajar seni yang tidak pintar berhubungan perasaan dengan Kartini, pelajar junior yang cantik dan bijak. Yon mendamba cinta dan mengekspresi makna cinta dalam hubungannya dengan Kartini. Manakala, Kartini pula mentafsir silaturrahim itu sebagai kawan yang istimewa.
Ini adalah konsep biasa yang dilalui oleh setiap manusia yang mula menyukai pasangan berlainan gender.
Tembakau mentafsir konsep cinta dan kawan dengan jelas dalam komik ini.
Ilustrasi Yon marah dan kecewa dengan menumbuk cermin, dinding dan membelasah orang lain memang akan berlaku jika cinta menguasai diri.

Kartini pula, yang berperilaku sedemikian iaitu tidak menyatakan rasa hati kepada Yon, mungkinkah menjelaskan konsep kawan yang didukungnya sehingga tidak mahu melukakan hati kawannya itu.
Sejujurnya, komik Kartini ini kisah sedih. Kisah cinta yang menjadikan manusia tidak faham akan dirinya. Saya sebetulnya tidak suka pengakhiran yang menyedihkan. Ia akan memberi kesan negatif dalam diri jika tidak disertai redha dan akal yang panjang berfikir.
Kisah kartini sebetulnya belum berakhir. ‘Kartini Kembali’ khabarnya adalah kesinambungan kisah Kartini. Saya akan mencari sambungan kisah Kartini bagi menghuraikan apakah kesudahan kisah Yon dan Kartini.

Benarkah apa yang paling kita mahu, itulah yang takkan kita dapat?

Far East - Menanti Di Alam Barzakh

Ku merintih... aku menangis...
Ku meratap... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan hidupku melengkapi sebuah kembara
Singgah dirahim bonda sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah bewarna merah
Semerah mawar yang juga rimbun
Tujuh langkahpun baru berlalu
Seusai talkin bertambah syahdu
Tenang dan damai dipusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakanku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan disini bukan satu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali ROH kembali...
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri...
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membalut ditubuhku
Terbujur dan kaku jasad didalam keranda kayu

AJAL yang datang dimuka pintu tiada siapa yang diberitahu
Tiada siapapun dapat dicari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari...
Nafas terhenti...
Tidak tergambar sakitnya mati...
Cukup sekali tak sanggup lagi ku mengulangi...

Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan dalam pekat di pandangan

Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih... aku menangis...
Ku merata... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali kedunia nyata.

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/f/far_east/#share

K'rabat - Keinsafan

Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia

( korus )
Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahmu...

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini... aku merasa
Terasing terhukuman dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini ku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian
oh...

Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah
Terakhir...

My Videos